Friday, September 10, 2010

Suasana Liga Eropah Di Malaysia



untuk berada di suatu sudut kontra adalah suatu tabiat buruk yang sukar ditinggalkan oleh saya (Bad Habits Die Hard!), untuk bersikap memberontak dan anti-establishment, merupakan konotasi minda dan aliran attitude yang kerap di ikuti oleh saya...hatta jika saya tidak menggemari Barclays English Premier League hanya kerana hype nya SAHAJA yang berlebihan di Malaysia ini, maka! apa SAHAJA yang berlawanan dengannya akan saya sokong dan dokong...umpama Sosialis dan Anarkis bukanlah semestinya suatu aliran yang sama tapi titik temu antara keduanya adalah anti-kapitalis,Haha! makanya...Juventus ternyata musuh Milano Duo (AC Milan & FC Inter), namun ianya adalah musuh tradisi BPL, jadi dalam satu-satu situasi saya akan menyokong dan berpihak pada mereka...begitu juga FC Barcelona, pasukan dari Espana La Liga..oleh hal yang demikian, seusai mengembara di lautan atas talian petang tadi saya ketemu 2 laman yang se'aliran' dengan propaganda saya...kelab peminat Malaysia untuk tim Juventus Turin FC dan FC Barcelona...selain di tampilkan kelab penyokong AC Milan Malaysia, yang sebenarnya sudah lama saya mahu muatkan di dalam blog ini, tetapi tidak berkesempatan... Semoga terpengaruh! :)

AC Milan Malaysia

http://www.milanmalaysia.com/

FC Barcelona Malaysia

http://fcbarcelona.my/portal/

Juventus Turin FC Malaysia

http://www.jfcm.com.my/v3/

Thursday, September 9, 2010

Bermula Kembali....


amat menyedihkan sebagai seorang peminat bola sepak Itali, apabila kejayaan FC Internazionale Milano mengukir sejarah buat kali pertama di Milan dan Itali, sebuah kelab memenagi kejayaan 'treble' tapi gagal di review dengan kronologi di blog ini. tiada alasan untuk ketidak cekpan dan ketidak rajinan saya dalam meng'update' blog ini..so called self proclaim FC Inter and AC Milan fans blog spot...haha!, ternyata saya agak gagal dalam memanstikan betapa blog ini berjalan dengan lancar, namun saya enggan dan menolak keras untuk memberi sebarang alasan...:) Tahniah skuad FC Inter yang menjuarai kejuaraan treble musim lalu syabas! dan tak lupa kepada the special one Don Jose Mourinho...tuan memang hebat! dan terima kasih tak terhingga kepada Rafa Benitez kerana kalah dalam European Super Cup!...