Tuesday, January 11, 2011

Wajah Baru di Milan Merah dan Milan Biru



Seputar khabaran terbaru yang agak back dated..iaitu pengganti Rafael Benitez di Inter Milan (berita yang sangat saya ceriai!)ialah once an AC Milan darling...LEONARDO... sangat ironi, tetapi itu yang menariknya...kita tunggu akan kemampuan Leonardo sebagai pengurus sementelah reputasinya sebagai pengurus AC Milan sebelum ini, hanya sekadar memuaskan, Welcome senor to Inter Milan!...dan kehadiran Antonio cassano di AC Milan ternyata memberi suatu kelainan di AC Milan, secara peribadi, saya sememangnya meminati Cassano, di sebalik sikap nakalnya...hahaha! welcome boy to AC Milan..."who can refuse Milan, isn't?" di harapkan dengan kehadiran 2 permata baru ini di AC Milan dan Inter Milan dapat menghasilkan dan membuahkan kejayaan di Milan....terima kasih, Selamat pagi..oh yea, saya masih lagi berminat dengan ironi, apabila sekali lagi seorang teman dengan sinisnya mengkiritik akan kemampuan saya untuk menyokong 2 pasukan yang berseteru walaupun berasal dari satu kota....ketika itu, kami sedang menonton program televisyen TOP GEAR..saya ujar sebagai respons kepada soalannya....tak salahkan jikalau kita meminati LAMBORGHINI dan dalam masa yang sama turut meminati FERRARI?"...

SELAMAT TAHUN BAHARU 2011 MASEHI DAN TAHNIAH MALAYSIA!!!


Saya kira masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat tahun Baru 2011 kepada semua...diharapkan dengan kehadiran tahun baru ini akan memberi sinar harapan kepada kita semua...di samping kemeriahan kita menyambut tahun baru...tak lupa jugak segunung ucapan TAHNIAH ke atas pasukan bolasepak negara kita MALAYSIA diatas kejayaan menjulang piala Suzuki AFF buat julung-julung kalinya setelah 20 tahun mencuba..TAHNIAH serta SYABAS untuk mereka...ternyata HARIMAU MALAYA kembali MENGAUM!!

Saturday, December 18, 2010

TOP OF THE WORLD!!!


FC Internazionale Milano berjaya memenangi Piala World Club Cup 2010, suatu penutupan terbaik untuk tahun 2010 selepas "treble" bersejarah pada tahun "perfect ten" buat Inter Milan ini : 2010... Tahniah buat Presiden Moratti. dan Terima Kasih tak terhingga buat Rafael Benitez kerna membawa Inter pada tangga Lucky numero Seven (7) liga Serie A...TERIMA KASEH!!!

Friday, September 10, 2010

Suasana Liga Eropah Di Malaysia



untuk berada di suatu sudut kontra adalah suatu tabiat buruk yang sukar ditinggalkan oleh saya (Bad Habits Die Hard!), untuk bersikap memberontak dan anti-establishment, merupakan konotasi minda dan aliran attitude yang kerap di ikuti oleh saya...hatta jika saya tidak menggemari Barclays English Premier League hanya kerana hype nya SAHAJA yang berlebihan di Malaysia ini, maka! apa SAHAJA yang berlawanan dengannya akan saya sokong dan dokong...umpama Sosialis dan Anarkis bukanlah semestinya suatu aliran yang sama tapi titik temu antara keduanya adalah anti-kapitalis,Haha! makanya...Juventus ternyata musuh Milano Duo (AC Milan & FC Inter), namun ianya adalah musuh tradisi BPL, jadi dalam satu-satu situasi saya akan menyokong dan berpihak pada mereka...begitu juga FC Barcelona, pasukan dari Espana La Liga..oleh hal yang demikian, seusai mengembara di lautan atas talian petang tadi saya ketemu 2 laman yang se'aliran' dengan propaganda saya...kelab peminat Malaysia untuk tim Juventus Turin FC dan FC Barcelona...selain di tampilkan kelab penyokong AC Milan Malaysia, yang sebenarnya sudah lama saya mahu muatkan di dalam blog ini, tetapi tidak berkesempatan... Semoga terpengaruh! :)

AC Milan Malaysia

http://www.milanmalaysia.com/

FC Barcelona Malaysia

http://fcbarcelona.my/portal/

Juventus Turin FC Malaysia

http://www.jfcm.com.my/v3/

Thursday, September 9, 2010

Bermula Kembali....


amat menyedihkan sebagai seorang peminat bola sepak Itali, apabila kejayaan FC Internazionale Milano mengukir sejarah buat kali pertama di Milan dan Itali, sebuah kelab memenagi kejayaan 'treble' tapi gagal di review dengan kronologi di blog ini. tiada alasan untuk ketidak cekpan dan ketidak rajinan saya dalam meng'update' blog ini..so called self proclaim FC Inter and AC Milan fans blog spot...haha!, ternyata saya agak gagal dalam memanstikan betapa blog ini berjalan dengan lancar, namun saya enggan dan menolak keras untuk memberi sebarang alasan...:) Tahniah skuad FC Inter yang menjuarai kejuaraan treble musim lalu syabas! dan tak lupa kepada the special one Don Jose Mourinho...tuan memang hebat! dan terima kasih tak terhingga kepada Rafa Benitez kerana kalah dalam European Super Cup!...

Tuesday, January 5, 2010

Trivia.Trivia.Trivia.


Pada awalnya, saya berhasrat untuk membuat suatu blogspot berasaskan bolasepak, selain menggalakkan untuk meramaikan peminat AC Milan & FC Inter di Malaya ini. Namun, dalam kondisi keadaan kini yang memberatkan untuk di promosi kan dan di propaganda kan kelab AC Milan dan FC Inter, maka saya telah memilih untuk meng'highlight"kan blog ini sebagai blog untuk Milanisti dan Interisti....namun dari semasa ke semasa saya juga berkeinginan untuk menulis tentang seputar atmosfera bolasepak semasa tanpa terhad kepada 2 kelab milan ini. Salah satu yang saya sangat berminat untuk menulis ialah tentang bolasepak dan psikologi dan sosial peminat di sekelilingnya... bermula dangan Old Firm derby antara Celtic dan Rangers serta bolasepak sebagai wacana eskapisme peminatnya...sehingga bertemu lagi! taraaa!

Friday, December 25, 2009

Sembang....



Saya fikir, perihal scene bolasepak Itali di Malaysia sangat lah minoriti sifatnya. Ini kerana para peminat dan penyokong di sini, Malaysia lebih cenderung untuk menonton dan menyokong liga Inggeris Barclays ataupun liga Sepanyol, La Liga. Liga seperti Liga German (Bundesliga), Peranchis (Ligue 1), adalah kecil pengaruhnya, dan boleh dikatakan setara dengan peminat Serie A, Itali. Kelab seperti Bayern Munich, Borussia Dortmund, Olympique Lyon, Olympique Marseille hampir pasti kurang penyokongnya di Malaysia. Kelab Itali seperti AC Milan mungkin agak ramai sedikit kuantitinya, namun sekadar Milan, keduanya Juventus.. Inter Milan? Nah, lebih terlalu sedikit.. Saya akui, saya sendiri seronok menonton game EPL dan La Liga, dengan Man U, Chelsea, Arsenal dan Spurs...serta Barcelona, Real Madrid, valencia mahupun Villareal..namun scene Serie A tetap tidak pernah di lupakan...terutama AC Milan dan Inter Milan... Rossoneri dan Nerazzuri, Il Diavolo dan Il Biscione..Forza Milan, Fenomeno Inter..sokong terus sokong...dengan Ancelotti di Chelsea dan Mancini di Man City.. ternyata perencah Itali sudah menerobos ke Pulau Inggeris!