

Saya fikir, perihal scene bolasepak Itali di Malaysia sangat lah minoriti sifatnya. Ini kerana para peminat dan penyokong di sini, Malaysia lebih cenderung untuk menonton dan menyokong liga Inggeris Barclays ataupun liga Sepanyol, La Liga. Liga seperti Liga German (Bundesliga), Peranchis (Ligue 1), adalah kecil pengaruhnya, dan boleh dikatakan setara dengan peminat Serie A, Itali. Kelab seperti Bayern Munich, Borussia Dortmund, Olympique Lyon, Olympique Marseille hampir pasti kurang penyokongnya di Malaysia. Kelab Itali seperti AC Milan mungkin agak ramai sedikit kuantitinya, namun sekadar Milan, keduanya Juventus.. Inter Milan? Nah, lebih terlalu sedikit.. Saya akui, saya sendiri seronok menonton game EPL dan La Liga, dengan Man U, Chelsea, Arsenal dan Spurs...serta Barcelona, Real Madrid, valencia mahupun Villareal..namun scene Serie A tetap tidak pernah di lupakan...terutama AC Milan dan Inter Milan... Rossoneri dan Nerazzuri, Il Diavolo dan Il Biscione..Forza Milan, Fenomeno Inter..sokong terus sokong...dengan Ancelotti di Chelsea dan Mancini di Man City.. ternyata perencah Itali sudah menerobos ke Pulau Inggeris!

No comments:
Post a Comment